





Pakar Tempatan & Antarabangsa Kongsi Teknik Penanaman Avokado Berkualiti Tinggi
KENINGAU - Program perkongsian ilmu "Let's Talk Avocado" berjaya diadakan di Sento Hotel, Keningau pada 28 April 2025, menarik minat ramai pekebun dan usahawan tempatan.
Acara bermula pada pukul 6:30 petang itu menampilkan barisan pembicara berwibawa termasuk:
-
Duane Evans, Pengerusi MaSDa yang berkongsi pengalaman dalam industri avokado dari penanaman hingga potensi eksport
-
Professor Po-An dari Taiwan yang membawa masuk pengetahuan teknikal terkini
-
En. Choon Chun Hong, Pengurus Besar SSHF memperkenalkan program pembajaan QAV-1 khusus untuk avokado
Antara highlight program:
? Pendedahan tentang baja RealStrong formula khusus untuk avokado
? Teknik penanaman moden untuk hasil berkualiti eksport
? Peluang jaringan antara pekebun dan pakar industri
Menurut kenyataan SSHF, program ini merupakan inisiatif berterusan untuk meningkatkan kualiti pengeluaran buah tempatan. "Kami komited untuk membawa lebih banyak program sebegini ke daerah-daerah lain," jelas wakil syarikat.
Peserta turut berpeluang mendapatkan maklumat terperinci tentang program pembajaan QAV-1 yang diyakini dapat meningkatkan kualiti hasil avokado tempatan.
Kerjasama Strategik:
Program ini mendapat kerjasama erat dari:
-
Sabah Durian and Tropical Fruit Planters Association
-
Jabatan Pertanian Keningau


