Projek CSR Penanaman Durian Bersama Pelajar KVLD, 04hb Mei 2025
Menyemai Masa Depan Lestari!
Dengan penuh semangat, kami telah berjaya melaksanakan Projek CSR Penanaman Durian bersama pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD)!
Melalui program ini, para pelajar berpeluang mempelajari teknik penanaman durian secara hands-on sambil berkongsi pengalaman dengan petani tempatan. Inisiatif ini selari dengan komitmen kami dalam memupuk minat pertanian dan menggalakkan amalan pertanian mampan dalam kalangan generasi muda.
Terlebih istimewa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat kami, YBhg. Datuk Hj Mohd Daud bin Tampokong, atas sokongan padu terhadap usaha murni ini.
Projek ini turut diselaraskan bersempena dengan program National Training Week (NTW) anjuran HRD Corp - Human Resource Development Corporation, yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran melalui pembelajaran sepanjang hayat.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini!



